Friday, January 15, 2010

Usha kanan usha kiri

Assalamualaikum semua... Ape khabar iman kalian?... Harapnya sentiasa diupdate...

Hari yg dinanti-nanti telah tiba iaitu jaulah ataupun lbh di kenali sebagai berjalan2... Teringat pada satu pepatah 'jauh perjalanan luas pemandangan bnyk pengalaman'

Pada awalnya kami diminta utk berkumpul di iman elc, ingatkn nk kena ajar budak2 tadika rupanya disitulah bermulanya pengembaraan kami... Dengan perasaan brcampur baur kami bertolak meninggalkan rumah masing2... Pada awal perjalanan kami menaiki bas brtingkat dua, ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari(awalnya seronok penghujungnya bosan). Ada dikalangan kami yg tidur akibat kebosanan yg terlampau didalam bas tetapi alhamdulillah tiada yg berkeinginan utk terjun drpd bas.

Celik drpd tidur yg lena Kami selamat sampai ke destinasi pada jam 7.00pm... Mengantuk dan bingung menguasai diri tetapi hasrat hati utk melaksanakan amanah dipundak2 kami ini terus memberikan kami suatu kekuatan yg luar biasa dan kami tetap melangkah jua kerana tekad sudah kami bulatkan.

Sangkaan pertama ada mk cik dan pak cik yg akn menyambut dengan pelukan hangat dan mesra, alangkah melesetnya sangkaan kerana perlu menunggu beberapa minit utk menyalami hangatnya tangan mesra pak cik2...

Kami dibawa ke destinasi seterusnya iaitu penginapan yg mendapat anugerah tempat yg paling tenang dan mempunyai beribu bintang.... Ringkaskan cerita kami solat dan bersiap2 utk makan malam dan yg tidak disangka2 nasi minyak siap terhidang, aromanya yg menusuk2 hidung apatah lagi ditambah dengan kumpulan koir yg membingit di dalam perut minta diisi....

Akhirnya kami lepak kekenyangan, tidur dalam kelenaan yg panjang dan dalam...

Hisham crew
00:32 jumaat 15/1

2 comments:

  1. Salam,

    Sorilah Hisham.. Kami dok 'suspect'
    bas sampai dlm pkl 7.30 mlm. Rupe2nya bas
    pecut bukan main laju. Tak sempat nak bentang carpet merah dan tabur2 bunga rampai kat terminal 2, Seremban hari tu..

    Semoga sebentar di masjid Senawang meninggalkan
    kenangan di hati kalian..

    Makcik Fadzilah & Pakcik Ridzuan
    N9
    (emak & abah Irfan Ahnaf)

    ReplyDelete
  2. mk cik dan pk cik x salah... yg salah driver bas tu.. sapela yg suruh pecut laju2..

    ReplyDelete