Thursday, January 7, 2010

Berkenal-kenalan bukan bertahu-tahuan


Mesti pembaca semua tertanya-tanya kenapalah ana rajin sangat hari ni untuk meng'create' blog... Jawapannya ada pada ana.. Ni kira islamik la juga kan.. Alamak lupa pula nak bagi salam : Assalamualaikum...


Ana sebenarnya nak post tentang taaruf, tapi nak kata pandai sangat taklah, setakat IQ macam Albert Einstien je.... Ana rasa lebih berkat seandainya ana mulakan dengan sepotong ayat Al-Quran(macam hafal je..?)






Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

(aL-Hujurat 49:13)

German:49:13 O ihr Menschen, Wir haben euch von Mann und Weib erschaffen und euch zu Völkern und Stämmen gemacht, daß ihr einander kennen möchtet. Wahrlich, der Angesehenste von euch ist vor Allah der, der unter euch der Gerechteste ist. Siehe, Allah ist allwissend, allkundig.

(Al-hujurat)



Haaa... nilah istimewanya blog ana sebab ada pelbagai bahasa, untuk giliran kali ni bahasa Jerman lepas ni mungkin bahasa Iban.

Pepatah melayu yg sering ana gunakan untuk SPM ialah 'Tak kenal maka tak cinta, kalau dah kenal bolehlah kita bercinta'.... Dalam kehidupan seharian, ana dan kita banyak berjumpa dengan orang yg tidak dikenali, maka perlukah kita berkenalan..? kalau ikut ayat diatas macam harus... ikutlah persepsi masing-masing. Ada satu cerita yg ana nak kongsi:



+Pada suatu hari ana jalan2 dan terserempak dengan orang yg tidak dikenali. Ana pun berkenalanlah...



Kenapa kita kata berkenalan... tidak berketahuan..? secara umumnya orang yg tahu hukum tp tak lakukan hanya sekadar tahu dari sudut kulit sahaja berlainan dengan orang yg kenal dengan hukum. orang yg kenal dengan hukum dia akan laksanakan...

Begitu juga kita berjumpa dengan orang yg tidak dikenali, kita akan berkenalan bukan berketahuan..

Secara keseluruhannya, islam mengajar kita untuk berkenal-kenalan satu sama lain bukan bertahu-tahuan...

No comments:

Post a Comment