Tuesday, January 19, 2010

istimewanya dia...


Sunyi sepi suasana sekeliling mencengkam jiwa ku. Terasa seperti berada dalam kezulmatan yg amat, keseorangan tanpa teman disisi. Suasana begini sering mengingatkan aku pada Illahi dan juga keluarga dirumah terutamanya ibuku. Pelik juga ya kenapa ibu yg sering dirindui bukannya bapa, mungkin hati ibu itu lebih dekat dengan ku. Hidup keseorangan dirantau orang bukanlah seperti hidup di tanah air sendiri, banyak perkara yg perlu dipelajari sendiri ataupun dalam bahasa indonesianya mandiri.

Dengan jadual belajar yg padat dan kesibukan urusan harian telah menjadikan ku lebih tabah dan tidak manja. Ibu sering melatih ku untuk kuat tetapi biasalah, tika ibu disisi aku tidak kuat sebabnya setiap masalah pasti ibu yg akan tolong selesaikan. Betapa kebudak-budakkan diriku ketika itu.

Teringat pula cerita kenakalanku ketika kecil, bukannya aku ingat tetapi diceritakan oleh kakakku. Aku dulu seorang yg nakal, sering membuat masalah dan menyebabkan ibu menangis mengingatkan perihal ku. Kakak sering memarahiku tetapi ibu pasti akan berpihak padaku kerana aku masih kecil dan tak mengerti apa2. Makinlah menjadi2 perangaiku ketika itu. Tetapi yg peliknya ibu tak marah diatas kenakalanku kata kakakku ibu seorang yg cukup penyabar tetapi jangan uji kemarahannya. Kata2 kakakku aku tanam dalam otak supaya ingat sampai bila2.

Jasa ibu memang tak terbayar dengan wang ringgit apatah lagi us dolar, paun sterling dan sebagainya tetapi yg ibuku harapkan daripadaku supaya menjad insan yg soleh dan berguna kepada agama,masyarakat,negara dan keluarga. Dari sudut logik akal, ibu memang mengorbankan banyak perkara untuk aku. Sewaktu aku melahirkan ku ibu menanggung sakit yg bertambah2 beratnya itu tidak termasuk membawaku kesana sini didalam rahimnya selama 9 bulan. Menyusukanku selama 2 tahun lebih tetapi tidak pernah meminta bayaran walaupun setitik dan dengan susu itulah ibu mengenyangkanku. Ibu mendidikku dengan lemah lembut walaupun ada ketikanya aku berkeras.

Dulu aku malu untuk mengaku dihadapan khalayak ramai yg aku sayangkan ibu tetapi hari ini dengan disaksikan oleh setiap apa yg ada dipenjuru alam aku mengaku dengan penuh kerinduan yg aku memang tak boleh lari daripada menyayangi ibuku..



Assalamualaikum.... apa khabar?

Sudah baca post diatas..? harapnya sudahlah...

Ringkasnya, hishamcrew nak mengajak pembaca merenungi pengorbanan dan jasa2 ibu kita. Walaupun apa yg dikisahkan tidak banyak tetapi untuk menyenaraikan jasa dan pengorbanan ibu tidaklah dapat dilaksanakan kerana terlalu banyak sehinggakan tidak teringat dikepala tetapi tidak bermakna kita lupakannya. Kepada pembaca sekalian, jangan ada sekelumit pun perasaan malu untuk mengaku menyayangi ibu, sedangkan untuk mengucapkan I lOvE U, saya cintakan awak dan sebagainya kepada kekasih begitu lancar meluncur dibibir. Seandainya kalian malu, memang kalian ini orang yg benar2 zalim diantara yg paling zalim.

Kepada bapa2 janganlah kecil hati sebab tak ceritakan tentang jasa dan pengorbanan bapa2, bukannya diskriminasi tetapi biarlah satu2 dahulu. Mulakan dengan ibu kemudian bapa. Nabi juga pernah sebut perkataan ibu sebanyak 3 kali kemudian baru bapa.

Akhir kata, walaupun sekadar cerita rekaan semata-mata tetapi ianya lebih baik daripada cerita dongeng yg tak logik dek akal. Sayangilah Ibu ibu ibu dan bapa anda kerana tanpa mereka anda tidak wujud didunia dan didalam database JPN.

Hishamcrew
22:36:11
19/1/10

2 comments: