Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, March 12, 2010

tetap tiba walau dina*****...

Apalah tajuk pada hari ini, nampak macam merepek tetapi itulah hakikatnya. Maklumlah semalamkan 1 Malaysia menerima kejutan dengan keluarnya keputusan SPM. Keputusan yang menyebabkan banjir dan gegak gempita. Kenapa...? Hmmmm..... Kalau banjir tu sebabnya menangis gembira atau duka dan kalau yang gegak gempita tu jerit menjerit kegembiraan.

Apa2 pun keputusan tetap keluar walaupun ada yg tak sedia. Kalian nafikanlah yg semalam takkan keluar keputusan tetapi ia tetap berlaku....

Kepada yg menerima keputusan yg cemerlang, banyak2 kanlah bersyukur dan yg kurang baik harapnya redha dan terima, sebabnya boleh jadi itulah terbaik buat kita dan Allah ada perancangan yg lebih baik dr kita....

So, teruskan hidup dan jgn ada pula yg nak bunuh diri sebab kputusan tak cemerlang sebabnya lagi tak cemerlang kalau bunuh diri... Oklah selamat jalani kehidupan drpd Hishamcrew...

Hishamcrew
12/3/10
15:06:90

Tuesday, March 2, 2010

lambaian fisik...

Kahkahkahkah.....
entah apa2 lah tajuk hari ni mungkin nampak merepak tapi inilah hishamcrew selepas tiba ditanah air yg tercinta tanggal 28 Feb 2010. Pertama2nya hishamcrew memohon maaf diatas keterlambatan untuk meng'update' blog sebabnya hishamcrew mengamanahkan kepada BOS untuk mengupdate sepanjang crew2nya tiada di tanah air, tetapi untuk pengetahuan pembaca ana rasa kalian faham2 jelah bagaimana BOS kami ini. Beliau ni seorang yg sangat sibuk dengan hal-hal 'dakwah' terutamanya membawa usrah(assalamualaikum bos...jgn marah).

Sebelum ana teruskan lebih baik lah salam didahulukan, Assalamualaikum.

Alhamdulillah kembali juga hishamcrew ke tanah air yg tercinta, ingatkan nak terus tinggal di jogjakarta ataupun terus sambung belajar +++++ nikah kat sana.huhu... gurau je

Oklah... cuma sekadar memanaskan suasana dan jari +++++ otak ini untuk mula menulis perjalanan hidup kami sepanjang berada di Indonesia.. Nantikan kemunculan buku travellog kami (R2J4)...

Wallahua'lam

Hishamcrew
2/3/2010
17:03:32

Saturday, February 6, 2010

Kami nak berkembara! Jom!

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, atas rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan.. Sekarang ni kami iaitu hishamcrew sedang mengikuti program Road To Jawa IV.

Setelah 2minggu program indoor(1-13jan), 4 hari outdoor(14-17) dan 3 minggu bertungkus lumus mencari dana(18jan-5feb), Insya'Allah Ahad ni(7 Februari), 45 peserta akan berangkat ke Jakarta bagi memantapkan keperibadian diri ini, mengutip mutiara-mutiara PENGALAMAN serta merasai kesusahan saudara seagama di sana.. Moga pemergian diri ini bersama ikhwah akhawat yang lain mendatangkan keinsafan bagi kami, meningkatkan keimanan kami dan membangkitkan 'hammasah'(semangat) kami untuk terus menerus menyebarkan kalimah agung dan suci ini yakni 'laailaahaillallah' tanpa henti kerana kami ingin menjadi generasi pewaris ummah, Insya'Allah.. Pengembaraan kami bermula 7februari sehingga 28februari2010..

"Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami atas kelemahan dan kefaqiiran diri kami.. Betapa Engkau tetap memberikan nikmat kepada kami sedangkan kami terus menerus melakukan dosa terhadapMu.. Sesungguhnya engkaulah Yang MahaKuasa yang mengetahui apa yang lebih baik bagi diri kami di dunia ini walaupun kami merasakan ianya buruk buat kami.. Oleh itu, Kau tetapkanlah segala yang terbaik buat kami.. Ya Allah, kami mengharapkan agar pengembaraan kami ini sentiasa diiringi redhaMu kerana tanpa redhaMu, semua ini sia-sia.. Ya Allah, dunia ini penuh dengan onak dan cabaran.. Perkuatkanlah diri kami agar kami mampu mengharungiNya dan tetap berada di atas jalanMu sehingga roh kami terpisah dengan jasad.."
[Ameen..]

"Sinaran cahaya yang ditunggu-tunggu itu pasti kembali menerangi segenap pelusuk dunia.."

*Kami hishamcrew(zubayr, irfan masiri, ammar roslan dan irfan ahnaf) insya'allah akan ke jawa.. Hisham tak berpeluang ikut sebab dia kata nak berkorban skit untuk update blog ni selama ketiadaan kami(rasanye la kan! mudah-mudahan, hehe..)..

Wassalam..
~Hishamcrew
~1.45pagi, 6 Februari 2010

Tuesday, February 2, 2010

CERPEN

Salam semua, hari ini tangan yg dianugerahkan oleh Allah kpd hamba-NYA yg bernama Irfan sgt bersyukur krn mampu lagi menaip. Cuba kita berfikir sejenak, tanpa tangan bolehkah kita buat sesuatu bende dgn mudah, tidak bolehkan, oleh itu jgn la kita kufur dgn nikmat Allah yg telah dianugerahkan kepada kita.



Ana teringin sekali menceritakan sebuah cerita mengenai tangan seorg hamba Allah ni. Pada suatu hari, hamba Allah yg bernama Qahar ni telah mengajak seramai kwnnya utk bermain futsal. Setelah berkumpul di satu tempat bernama Pulai Utama, mereka pon start bermain Sebelum itu, mereka teleh mendengar pengisisan yg sgt menyentuh hati2 yg sedang mendengar tazkirah tersebut. Tazkirah ni bertajuk Tawazun iaitu keseimbangan. Pemberi tazkirah ni berkata, sifat tawazun ni perlu ada pada setiap umat Islam yg ingin cemerlang di dunia dan akhirat.



Keseimbangan yg di maksudkan ialah jika seseorg itu ingin menjadi seorg atlet sukan yg berjaya, mereka tidak boleh hanya menumpukan tumpuan kpd bidang sukan yg diminati sahaja, malahan mereka ini perlu memperbaiki diri dari segi akhlak, pemakaian, tutur kata dan sebagainya. Oleh itu, jika seseorg atlet mengamalkan sifat tawazun ni, maka bukan sekadar membawa imej sbg atlet sukan, malahan membawa imej seorg mu`min yg berjaya dalam bidang sukan yg diceburinya. Sekarang ni, agak susah hendak mencari atlet sukan yg mempunyai sifat tawazun ni. Oleh itu marilah bersama2 kita membina atlet sukan yg akan membawa imej Islam diserata dunia.



Sudah tersasar jauh agaknya, berbalik kpd cerita diatas, selepas mendengar tazkirah, mereka memulakan permainan dengan membaca doa sblm riadhah. Mereka pun bermain dengan dengan gembira nya tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Dalam sibuk2 semua tengah bermain, berlaku satu insiden yg tiada sapa dapat menduganya. Apa yg berlaku ialah tangan salah seorg drpd pemain futsal tersebut telah disepak dengan kuat dan memberikan impak yang sgt besar kpd tangan pemain tersebut. Tangan pemain tersebut telah patah, dalam suasana yg kelam-kabut berkuahkan huru-hara serta panik, pemain bernama Qahar ni telah dihantar keklinik berdekatan bg mendapatkan rawatan segera.



Setelah mendapat rawatan Dr Zulhilmi, Qahar pun dihantar pulang ke rumah nya. Setelah sampai, kesemua ahli keluarganya terkejut dengan keadaan Qahar sekarang. Soalan datang menyerang Qahar dengan bertubi2 tanpa sempat utk dijawab oleh Qahar. Qahar agak rimas waktu itu, lalu menyuruh kesemua ahi keluarganya diam. Setelah semua diam, Qahar pon menceritakan perkara yg berkaitan dengan tangannya dari A sampai Z. Setelah habis menceritakan ape yg berlaku, kesemua ahli keluarga Qahar mengucapkan takziah kpd Qahar. Di kala itu, Qahar dilayan bak seorg raja, dimana semua kemahuan nya dipenuhi oleh setiap ahli keluarga nya. Tetapi, walaupun dilayan dengan baik, Qahar tetap bersedih kerana Qahar tidak boleh bermain futsal selama 2 bln.

Qahar sebenarnya seorg penjaga gol yang sangat sekap. Dia ni mampu membaca pergerakan setiap bola yg datang kpd nya. Dia juga digelar tangan emas oleh kawan2 nya. Tetapi sekarang, Qahar hanya mampu utk melihat saja dari jauh telatah2 kawan2nya bermain futsal. Kadang2 ketika tidur, Qahar akan termimpi2 sedang bermain berfutsal. Agak gian juga Qahar kepada futsal. Baru sekarang Qahar terfikir tentang anaugerah atau nikmat yg telah diberikan oleh Allah kepadanya. Baru sekarang Qahar merasa sangat2 kehilangan sesuatu bende yg selama ini dia sangka tangan nye tak akan sakit selama2nya. Tapi, Qahar masih bersyukur kerana tangannya tidak hilang terus dari dunia ni, tapi hanya sementara saja dan boleh digunakan selepas dirawat.

Alhamdulillah, selepas 2 bulan berlalu, tangan Qahar boleh digunakan semula. Tapi tidak secergas dahulu. Walaupun tidak boleh guna dengan sepenuhnya, Qahar tetap bersyukur kerana tangannya dapat menjalankan peranannya semula. Mulai saat itu, Qahar sentiasa bersyukur dengan apa yg telah dikurniakan oleh Allah kepadanya dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dengan apa yang berlaku kepadanya.

Alhamdulillah, selesai juga ana menaip. `Irfan! bangun, dah nak maghrib dah ni`terdengar emakku memanggilku. `Uuaahh, ngantoknya..`adoyai, ana bermimpi rupanya. Tapi best juga mimpi ana tadi, ana dapat sesuatu yg sangat berharga dalam mimpi ana tadi.

~irfanmasiri~
~9:30a.m~
~rmh Lat~


ASSLAMUALAIKUM.

Monday, February 1, 2010

perhiasan DuNia..


Perhiasan adalah suatu yg indah, jika tidak indah ia tidak dinamakan perhiasan tetapi dinamakan sebagai pem'buruk'. Apa sahaja perhiasan akan menjadi kesukaan manusia. Allah telah berfirman dalam Al-Quran yg bermaksud:


Bahawa senya kami jadikan apa jua diatas permukaan bumi sebagai perhiasan baginya(bumi), kerana kami hendak menguji mereka(manusia) itu, siapakah? drpd kalangan mereka yg terlebih baik amal pekerjaan.


Al-Kahfi 18:7


Berdasarkan ayat diatas Allah telah nyatakan bahawa setiap apa yg ada dibumi ini adalah perhiasan dan tidak ada satupun dimuka bumi ini bukan perhiasan. Semestinya pada perhiasan itu sedap mata melihatnya dan baik kegunaannya cumanya manusialah yg menjadikannya tidak elok. Allah menjadikan perhiasan adalah untuk menguji manusia samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan.


Sebagai manusia kita sukakan perhiasan termasuklah hishamcrew kerana kami juga manusia tetapi apakah yg telah kita lakukan terhadap perhiasan itu?.... Buat pengetahuan kalian perhiasan akan menjadi rebutan manusia contohnya rumput. Jikalau dapat tender tanam rumput di high way pastinya lumayan. Rumput pun jadi rebutan, pelikkan? Apatah lagi benda2 lain yg lebih bernilai dimata manusia biasa... ada ke manusia luar biasa?


Perhiasan hanya indah pada warnanya.... benarkah? jawapannya iya, contohnya perhiasan rumah yg kita beli dikedai2. Kita membelinya kerana warnanya yg menarik dan cantik tetap apabila luntur warnanya dan buruk rupanya ia pasti jadi tak cantik.... percayalah.


Perhiasan dunia adalah suatu yg indah pada penglihatan mata tetapi berat bahu memikulnya ditambah pula bersifat sementara dan terlalu cepat luput kenikmatannya... Misalnya anda membeli kereta mercedes, orang lihat memang cantik tetapi berat untuk kita membayar pinjamannya. Tunggu beberapa tahun keretanya dah ragam2.


Seandainya kita tidak dapat apa yg kita ingini hishamcrew mencadangkan satu doa semoga dengan doa ini tenanglah hati yg menginginkannya dan redha jika tidak memilikinya:


segala puji bagi Allah yg telah memberi petunjuk kepada kami dan tidaklah kami mendapat petunjuk jikalau tidak Allahlah jua yg memberi petunjuk kepada kami.


(Al-A'raf:43)


Hishamcrew
23:24:19
01/02/2010

Tika tangan dan kaki ganti bicara..

Assalamualaikum.... apa khabar? moga2 didalam lindungan serta rahmatnya... Janganlah kalian tertanya2 kemana hishamcrew menghilang selama seminggu ini kerana pasti jawapannya hanya ada pada kami.... tentu bosan sekiranya kalian melewati blog seseorang tanpa ada pembaharuan dari segi postnya, tetapi jangan pula ada perasaan tersebut terhadap blog kami.

Pernah tak kalian merasakan suatu perasaan marah yg tidak boleh dikawal..?

Hishamcrew mengandaikan pasti ada yg pernah, tetapi adakah kalian boleh mengawalnya..? Terpulang pada individu untuk mengatakan ya atau tidak. Didalam kehidupan seharian kita ada benda yg kita boleh kawal dan ada benda yg kita tak boleh nak kawal contohnya emosi. Kadang2 perasaan marah itu hadir tanpa kita minta tetapi ada ketikanya kita boleh mengawalnya dengan rasional dan ada ketikanya tanpa sedar kita terlalu mengikutnya sehinggakan ada yg sakit. Contohnya, kita dalam keadaan yg terlalu2 penat dan datang seseorang mengacau emosi, seandainya emosi yg mengawal kita alamatnya tangan dan kakilah yg ganti bicara (no mercy).

Maka, untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, latihlah diri kalian dengan sifat bersabar dan ini bukan sahaja ditujukan kepada pembaca saja tetapi terhadap hishamcrew sendiri.

Setiap manusia ada tahap kesabaran masing2 jadi cuba fahamilah tahap kesabaran orang lain. Seandainya kita membuat orang lain marah, jangan cuba sekali-kali kita mengungkitkan apa2 perkara yg berkaitan dengan orang tersebut contohnya jawatan yg disandang kerana marahnya berpunca daripada kita dan dia juga adalah manusia seperti yg lain yg ada emosi dan juga perasaan.

Secara keseluruhannya jagalah perasaan dan emosi orang lain jika kita hendak orang lain menjaga perasaan dan emosi kita. Jangan sampai ada yg marah sehinggakan tangan dan kaki menjadi pengganti bicara kerana buruk padahnya.

Hishamcrew
20:13:13
01/02/2010

Friday, January 22, 2010

LUAHAN HATI SEORANG ANAK

Salam semua...hari ni agak keletihan krn penat bekerja. Baru ku tahu betapa payah nya nk mencari duit bg menyara hidup. Selama ni ku hanya pandai meminta duit dari ibu bapa ku tanpa memikirkan perit jerih mereka mencari duit. Tapi, setelah mencuba mencari sedikit duit, baru ku sedar bahawa susah hendak mencari duit bg menyara hidup ini.

"Ya Allah, betapa bnyk nye dosa ku pd kedua ibu bapa ku. Mereka telah bnyk berkorban utk ku, tapi seperti tiada apa2 yg dpt aku sumbangkan kpd mereka. Aku rasa, aku hanya dapat mendoakan mereka sahaja. Ya Allah, betapa hinanya aku ni. Aku rasa aku lah anak derhaka yg akan memasuki NERAKA mu, tapi aku sngt2 takut nk menghadap-MU dan neraka-MU. Ya Allah, ku mohon supaya mereka redha akan aku dan engkau pun redha sama ku. Aku sngt2 teringin memasuki SYURGA-MU yg indah itu. Ya Allah, kau jadi kan lah aku seorg ank yg bnr2 mentaati perintah ibu bapanya tanpa menangguh2 kan perintah mereka selagi mana perintah mereka tdk melanggar syariat-MU. Ku mohon juga supaya kau kekal kan aku pd jalan-MU. Kau kabulkan lah doa serta permintaan ku ini. Ameen.."

"Mama abah, daku mohon maaf sekiranya selama ini ku bnyk menyusahkan kalian. Tak dgr ckp. Malas nk buat kerja yg mama abah suruh ku buat. Sering buat mama menangis pabila melihat kenakalan ku yg terlampau. Ku tahu, kalian sngt2 sabar dgn kenakalan ku. Aku berjanji akan mengubah diri ku kpd yg lebih baik seperti mana yg kalian mahukan. Ku mohon, kalian senantiasa mendoakan kabaikan ku".

SAYANG MAMA dan ABAH....


~
luahan hati anakmu~

-irfanmasiri-
-SMIH-
9:25 a.m