Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, February 1, 2010

Tika tangan dan kaki ganti bicara..

Assalamualaikum.... apa khabar? moga2 didalam lindungan serta rahmatnya... Janganlah kalian tertanya2 kemana hishamcrew menghilang selama seminggu ini kerana pasti jawapannya hanya ada pada kami.... tentu bosan sekiranya kalian melewati blog seseorang tanpa ada pembaharuan dari segi postnya, tetapi jangan pula ada perasaan tersebut terhadap blog kami.

Pernah tak kalian merasakan suatu perasaan marah yg tidak boleh dikawal..?

Hishamcrew mengandaikan pasti ada yg pernah, tetapi adakah kalian boleh mengawalnya..? Terpulang pada individu untuk mengatakan ya atau tidak. Didalam kehidupan seharian kita ada benda yg kita boleh kawal dan ada benda yg kita tak boleh nak kawal contohnya emosi. Kadang2 perasaan marah itu hadir tanpa kita minta tetapi ada ketikanya kita boleh mengawalnya dengan rasional dan ada ketikanya tanpa sedar kita terlalu mengikutnya sehinggakan ada yg sakit. Contohnya, kita dalam keadaan yg terlalu2 penat dan datang seseorang mengacau emosi, seandainya emosi yg mengawal kita alamatnya tangan dan kakilah yg ganti bicara (no mercy).

Maka, untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, latihlah diri kalian dengan sifat bersabar dan ini bukan sahaja ditujukan kepada pembaca saja tetapi terhadap hishamcrew sendiri.

Setiap manusia ada tahap kesabaran masing2 jadi cuba fahamilah tahap kesabaran orang lain. Seandainya kita membuat orang lain marah, jangan cuba sekali-kali kita mengungkitkan apa2 perkara yg berkaitan dengan orang tersebut contohnya jawatan yg disandang kerana marahnya berpunca daripada kita dan dia juga adalah manusia seperti yg lain yg ada emosi dan juga perasaan.

Secara keseluruhannya jagalah perasaan dan emosi orang lain jika kita hendak orang lain menjaga perasaan dan emosi kita. Jangan sampai ada yg marah sehinggakan tangan dan kaki menjadi pengganti bicara kerana buruk padahnya.

Hishamcrew
20:13:13
01/02/2010

No comments:

Post a Comment