Friday, January 22, 2010

LUAHAN HATI SEORANG ANAK

Salam semua...hari ni agak keletihan krn penat bekerja. Baru ku tahu betapa payah nya nk mencari duit bg menyara hidup. Selama ni ku hanya pandai meminta duit dari ibu bapa ku tanpa memikirkan perit jerih mereka mencari duit. Tapi, setelah mencuba mencari sedikit duit, baru ku sedar bahawa susah hendak mencari duit bg menyara hidup ini.

"Ya Allah, betapa bnyk nye dosa ku pd kedua ibu bapa ku. Mereka telah bnyk berkorban utk ku, tapi seperti tiada apa2 yg dpt aku sumbangkan kpd mereka. Aku rasa, aku hanya dapat mendoakan mereka sahaja. Ya Allah, betapa hinanya aku ni. Aku rasa aku lah anak derhaka yg akan memasuki NERAKA mu, tapi aku sngt2 takut nk menghadap-MU dan neraka-MU. Ya Allah, ku mohon supaya mereka redha akan aku dan engkau pun redha sama ku. Aku sngt2 teringin memasuki SYURGA-MU yg indah itu. Ya Allah, kau jadi kan lah aku seorg ank yg bnr2 mentaati perintah ibu bapanya tanpa menangguh2 kan perintah mereka selagi mana perintah mereka tdk melanggar syariat-MU. Ku mohon juga supaya kau kekal kan aku pd jalan-MU. Kau kabulkan lah doa serta permintaan ku ini. Ameen.."

"Mama abah, daku mohon maaf sekiranya selama ini ku bnyk menyusahkan kalian. Tak dgr ckp. Malas nk buat kerja yg mama abah suruh ku buat. Sering buat mama menangis pabila melihat kenakalan ku yg terlampau. Ku tahu, kalian sngt2 sabar dgn kenakalan ku. Aku berjanji akan mengubah diri ku kpd yg lebih baik seperti mana yg kalian mahukan. Ku mohon, kalian senantiasa mendoakan kabaikan ku".

SAYANG MAMA dan ABAH....


~
luahan hati anakmu~

-irfanmasiri-
-SMIH-
9:25 a.m

Wednesday, January 20, 2010

Palestine Will be Free

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain & Hamza Namira
Copyright: Awakening Records 2009
Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high

Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free

I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?

And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive

I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free
Hishamcrew
19:58:25
20/1/10

Tuesday, January 19, 2010

istimewanya dia...


Sunyi sepi suasana sekeliling mencengkam jiwa ku. Terasa seperti berada dalam kezulmatan yg amat, keseorangan tanpa teman disisi. Suasana begini sering mengingatkan aku pada Illahi dan juga keluarga dirumah terutamanya ibuku. Pelik juga ya kenapa ibu yg sering dirindui bukannya bapa, mungkin hati ibu itu lebih dekat dengan ku. Hidup keseorangan dirantau orang bukanlah seperti hidup di tanah air sendiri, banyak perkara yg perlu dipelajari sendiri ataupun dalam bahasa indonesianya mandiri.

Dengan jadual belajar yg padat dan kesibukan urusan harian telah menjadikan ku lebih tabah dan tidak manja. Ibu sering melatih ku untuk kuat tetapi biasalah, tika ibu disisi aku tidak kuat sebabnya setiap masalah pasti ibu yg akan tolong selesaikan. Betapa kebudak-budakkan diriku ketika itu.

Teringat pula cerita kenakalanku ketika kecil, bukannya aku ingat tetapi diceritakan oleh kakakku. Aku dulu seorang yg nakal, sering membuat masalah dan menyebabkan ibu menangis mengingatkan perihal ku. Kakak sering memarahiku tetapi ibu pasti akan berpihak padaku kerana aku masih kecil dan tak mengerti apa2. Makinlah menjadi2 perangaiku ketika itu. Tetapi yg peliknya ibu tak marah diatas kenakalanku kata kakakku ibu seorang yg cukup penyabar tetapi jangan uji kemarahannya. Kata2 kakakku aku tanam dalam otak supaya ingat sampai bila2.

Jasa ibu memang tak terbayar dengan wang ringgit apatah lagi us dolar, paun sterling dan sebagainya tetapi yg ibuku harapkan daripadaku supaya menjad insan yg soleh dan berguna kepada agama,masyarakat,negara dan keluarga. Dari sudut logik akal, ibu memang mengorbankan banyak perkara untuk aku. Sewaktu aku melahirkan ku ibu menanggung sakit yg bertambah2 beratnya itu tidak termasuk membawaku kesana sini didalam rahimnya selama 9 bulan. Menyusukanku selama 2 tahun lebih tetapi tidak pernah meminta bayaran walaupun setitik dan dengan susu itulah ibu mengenyangkanku. Ibu mendidikku dengan lemah lembut walaupun ada ketikanya aku berkeras.

Dulu aku malu untuk mengaku dihadapan khalayak ramai yg aku sayangkan ibu tetapi hari ini dengan disaksikan oleh setiap apa yg ada dipenjuru alam aku mengaku dengan penuh kerinduan yg aku memang tak boleh lari daripada menyayangi ibuku..



Assalamualaikum.... apa khabar?

Sudah baca post diatas..? harapnya sudahlah...

Ringkasnya, hishamcrew nak mengajak pembaca merenungi pengorbanan dan jasa2 ibu kita. Walaupun apa yg dikisahkan tidak banyak tetapi untuk menyenaraikan jasa dan pengorbanan ibu tidaklah dapat dilaksanakan kerana terlalu banyak sehinggakan tidak teringat dikepala tetapi tidak bermakna kita lupakannya. Kepada pembaca sekalian, jangan ada sekelumit pun perasaan malu untuk mengaku menyayangi ibu, sedangkan untuk mengucapkan I lOvE U, saya cintakan awak dan sebagainya kepada kekasih begitu lancar meluncur dibibir. Seandainya kalian malu, memang kalian ini orang yg benar2 zalim diantara yg paling zalim.

Kepada bapa2 janganlah kecil hati sebab tak ceritakan tentang jasa dan pengorbanan bapa2, bukannya diskriminasi tetapi biarlah satu2 dahulu. Mulakan dengan ibu kemudian bapa. Nabi juga pernah sebut perkataan ibu sebanyak 3 kali kemudian baru bapa.

Akhir kata, walaupun sekadar cerita rekaan semata-mata tetapi ianya lebih baik daripada cerita dongeng yg tak logik dek akal. Sayangilah Ibu ibu ibu dan bapa anda kerana tanpa mereka anda tidak wujud didunia dan didalam database JPN.

Hishamcrew
22:36:11
19/1/10

Monday, January 18, 2010

Jihad yg Besar..

Bismillahirrahmanirrahim..
terasa bersyukur dgn nikmat² kesihatan dan nikmat² lain kurniaan Allah yg masih memberikan ana peluang type beberapa patah perkataan.. Alhamdulillah..

Masa jaulah kat KL macam² jenis makanan nak makan.. macam² jenis barang nak beli.. macam jenis orang yg jumpe.. macam² tempat nak lawat.. Segalanya kerana nafsu yg inginkan duniawi.. Ingatlah dunia bukanlah segala-galanya yg kite nak kejar dan dunia tak kekal tapi akhiratlah yg akan kekal selama-lamanya..





Post kali ni hisham cre
w nak cerita sikit pasal jihad yg tak payah gune senjate macam m-16 dan tak payah nak penat² main 'cs' untuk persediaan(tak payah main cs pon takpe). ramai org tak rase pon ni mcm jihad.. Sebaliknye jihad yg dimaksudkan nih jihad melawan hawa nafsu yg sangat mulia di sisi Allah..Bahkan Rasulullah sendiri pernah bersabda yg bermaksud.."Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya. ”


Time 'muda²' dulu (sebelum jd alumni) pernah terbaca artikel tentang 3 perkara yg menyelamatkan dan 3 perkara yg membinasakan. Salah satu drpd 3 perkara yg membinasakan adalah mengikut hawa nafsu..
(klau nak tau yg lain tu rajin² la cari atau pon mintak je kat Hisham Crew)
Jelas sgt la kat sini hawa nafsu tu musuh utama manusia yg sgt perlu dilawan dan nak lawannya bukan mudah.. Ana pon sekarang tgh cube sedaya upaya nak lawan hawa nafsu ni.. Sbb tu la jihad lawan hawa nafsu ni lebih utama daripada jihad yg lain..


Walaupun post ni tak panjang sgt.. tapi harapnye agar dapat memberikan sedikit sebanyak iktibar dan pengajaran yg berguna kepada semua..
Jadi Hisham crew nak ajak semua supaya kite bersama-sama melawan hawa nafsu.. melawan hawa nafsu ni berlaku sepanjang masa.. Oleh kerana kita ni manusia yg lemah dan sering lupa.. Kita mestilah saling memperingatkan antara satu sama lain.. itulah fungsinya sahabat yg sejati.. InsyaAllah..

18/01/10
11.55 p.m.

JAULAH KE KL


ni lah pemilik Creativetank Studio...zulkarnain jamaludin...

harga bende ni RM 14000 je...murahkan...hahah....

komp 2 screan...jom cbe...heheh...

ni lah meja utk buat multimedia....agak bersepah...tp mantap...

keyboard mahal gak la....

ni hanya gimik je...x reti men pon...huhuh...

fathi bg ape kat abg zul....nk gak...heheh...

ada gaya x nk jadi camera man...heheh...

ini lah pengasas syarikat Iktisas...nama beliau ialah pakcik Azmee...

ni pula ialah pakcik Wan...beliau dan pakcik Azmee yg menerangkan
tentang syarikat mereka...

udin bersama pakcik Azmee....(ape yg udin bg ye..)


Salam semua, alhamdulillah jari ini masih lagi diberi kekuatan oleh Ilahi untuk menaip kata-kata bagi membuka bicara untuk post kali ini. Post kali ini bertujuan bagi menceritakan pengalaman ku ketika berjaulah ke KL. Semoga dengan perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 4 hari 3 malam ini dapat menambahkan pengetahuan ku sambil menjadikannya sebuah semangat bagi membentuk diri dan menjadikan jaulah ini sebagai pengreflikasi diri untuk berubah kepada yang lebih baik.

14/1/10 (perjalanan ku bermula)
Tepat pukul 2:30 petang, ana dan zubayr sampai ke pejabat JIM yang lama dengan bantuan ayah zubayr kerana sanggup menghantar kami. Setelah sampai kami pun menunaikan solat zuhur dan asar. Selesai sudah melaksanakan kewajipan fardhu itu, kami(peserta R2J4) diberi sedikit taklimat dan kata-kata semangat untuk menjalani program ini. Disini, kami diberi 3 sampul surat diisi dengan beberapa keping duit kertas yg berwarna hijau dan beberapa helai kertas yang berisi apa yang peru dilakukan bila sampai disana. Tepat pukul 3:30 petang, kami pun mengerah tenaga kami untuk memberadakan diri kami di stesen bas Sri Putri. Setelah beberapa minit menunggu, bas yang perlu kami naiki pun sampai. Kami naik bas 2 tingkat yang diberi nama Plusliner.

Di dalam bas, masa ana diisi dengan tidur, baca buku dan al-quran. Alhamdulillah kerana masa ana diisi dengan perkara yang menambah pahala. Setelah beberapa jam kemudian, kami pun sampai ke stesen bas Seremban. Disitu kami telah dijemput oleh ayah dan mak Ahnaf. Kami dibawa ke masjid Bandar Baru Senawang bagi menginap disana bagi ikhwah. Sampai sahaja disana, kami menunaikan solat tahyatul masjid 2 rakaat. Disini kami memandikan diri kami yang telah berpeluhan akibat perjalan yang jauh walaupun hanya duduk dalam bas. Selesai solat, kami menjamah makanan yang diberi dengan begitu berselera sekali kerana perut kami telah menyanyikan lagu dangdut yang kelaparan. Kami juga bertaaruf dengan makcik2 dan pakcik2 Negeri 9. Semoga ukhuwah antara kami tidak akan terputus. Bersiap untuk ketiduran.


15/1/10
Pukul 5:00 pagi kami membangunkan diri kami bagi bermunajat kepada Ilahi. Habis sahaja menunaikan solat subuh ana dan kumpulan ana membuka sampul surat yg berisi tugasan yang prlu dilakukan. Bila sampai sahaja di stesen KTM Seremban, ana pun membeli tiket ke KL Sentral dan menaiki LRT untuk ke Terminal Putra. Disana ana dan kumpulan ana perlu ke Creativetank Studio yang dikendalikan oleh Akhi Zulkarnain Jamaludin. Akhi ini merupakan batch 1 SMIH. Akhi ini merupakan tokoh pertama yang kami jumpa. Disini kami diberi sedikit sebanyak ilmu bagaimana hendak men`shooting' video. Kami juga diceritakan bagaimana beliau boleh terlibat dengan multimedia sepeti ini. Kerajaan Selangor telah meminta bantuan beliau bagi membuat video-video bagi palancaran kempen yang ada di sana. Beliau juga membuat video atau montaj bagi program yang dianjurkan oleh JIM seperti PACE dan Qurban. Selain itu, beliau juga membuat lagu untuk Najahan. Antara pengisian yang diberi oleh beliau ialah kita perlu menggunakan masa muda kita dengan bermanfaat. Jangan kita gunakan masa muda kearah yang tidak menentu kerana ia akan membawa kepada kemusnahan diri. Lepas berbual dengan beliau, kami pun pergi makan dan solat Jumaat.


Tempat kedua yang perlu ana pergi ialah Iktisas Engeneuring. Disini ana berjumpa dengan pengasas syarikat ini yang bernama Azmee b Idris. Disini ana diceritakan tentang bagaimana beliau membangunkan syarikat ini. Pada mula ana sampai dipejabat ini, ana berasa terkejut kerana bangunan pejabat ini tidak lah sebesar yang disangka.
Tetapi, setelah meneroka bangunan tersebut, baru lah ana tahu bahawa bangunan ini besar dan beliau akan menambah bangunan baru lagi. Best sangat dapat berbual dengan beliau. Banyak perkara tentang jurutera yang diceritakan. Syarikat beliau ini telah mendapat kontrak bagi membina Litar Sepang yang bernilai RM558 Million. Sekarang, syarikat beliau sedang membuat jalan raya berdekatan dengan banjaran Titiwangsa yang bernilai RM1.5 Billion. Sungguh terkejut dengan kejayaan syarikat ini. Beliau kata, syarikat ini sudah ditubuhkan selama 20 tahun. Pendapatan masuk bulanan syarikat beliau besar juga lah, cuma Rm 1 juta sahaja. Setelah berbual dengan beliau, kami dibawa keseluruh pejabat yang ada di bangunan tersebut. Pekerja-pekerja beliau sungguh mesra, rasa best sangat berada disana. Selesai melawat, kami berkeinginan untuk pulang, tetapi beliau mengajak kami untuk tidur dirumah beliau. Beliau kata, dirumah beliau ada kolam renang. Kami pun apa lagi, rasa gemabira lah, tapi, bila mengenangkan tugasan yang diberi iaitu kami perlu tidur di Time Training Service(TTS), kami terpaksa membatalkan niat kami hendak tidur di rumah beliau. Kami pun pergi ke TTS untuk menginap disana.


16/1/10
Pada hari ini, kami diaadakan sebuah program bagi membantu kami untuk lebih bekerjasama dalam kumpulan R2J4. Penceramah ini disampaikan oleh Prof Dr Adnan b Omar. Dalam program ini, kami bermain 2 permainan. Permainan pertama yang kami main ialah kami kena membina bangunan yang tinggi dan boleh berdiri hanya dengan menggunakan straw. Agak susah juga lah hendak membina sebuah bangunan replika dengan menggunakan straw. Tetapi, bila digabungkan otak-otak beserta akal kami, dapat juga kami membina bangunan tersebut walaupun tidak seberapa cantik. Selesai bermain permainan ini, kami disajikan dengan makanan bagi mengisi kekosongan perut kami yang sedang hangat bernyanyi. Pada sebelah petang pula kami bermain permainan yang lain pula tetapi ana tidak tahu bagaimana mahu menerangkan cara permaianan ini berlangsung. Apa yang penting, permainan ini memang menyeronokan. Setelah bermain, kami diberi tahu tentang rasionalnya permaianan tersebut.

Pada sebelah malamnya pula, kami dibenarkan untuk pergi ke The Mines. Ikhwah dan akhwat berbondong-bondong ke sana. Tetapi, diri ini amat keletihan dan tidak mampu untuk berjalan-jalan. Jadi, ana dan 3 orang sahabat ana yang lain tinggal di TTS keempatorangan. Di TTS, ana hanya bermain PSP sahaja kerana laptop tiada disisi. Ketika sedang leka bermain, mata pun tertutup rapat lalu ketiduran.


17/1/10
Pada hari ini, ana tidak tahu halatuju kami kerana jikalau hendak tahu halatuju, kami perlu ke stesan KTM Serdang. Selepas bersarapan, kami bergegas ke steses KTM. Sampai sahaja di sana ana terus bertanya kepada ukhti Abida tentang kemana halatuju kami. Dia hanya menyampaikan klu yang berbunyi "ukhuwah yang tersemai sungguh tak ternilai". Setelah beberapa minit berfikir, kami pun tahu kemana halatuju kami iaitu kami akan ke Nilai.

Hampir setengah jam perjalan, kami pun sampai di Nilai. Disini kami dijemput oleh alimni SMIH iaitu Amir, Muaz, Hasif, Irfan Md, dan Basyir. Disini kami dibawa ke USIM. Slot untuk kali ini, kami telah dikongsikan pengalaman senior kami bagaimana keadaan atau pun suasana di universiti. Sungguh menyayat hati ketika mendengar perkhabaran tentang suasana di universiti. Tetapi ada juga universiti yang tidak seteruk universiti yang lain saperti USIM sendiri. Senior kami menasihat kami agar ketika di universiti nanti jaga diri dan mesti ikut USRAH. Insyaallah, dengan mengikuti usrah, diri kita akan lebih terjaga. Selesai berkongsi pengalaman, kami makan tengah hari lalu pulang ke Pudu bagi meneruskan perjalanan kami yang hanya tinggal beberapa ketika.

Tepat jam 4:00 patang, kami pun menaiki bas yang berjenama Tranasional. Maka, bermula lah perjalanan balik kami ke JB.

sekian sahaja dari ana....


~irfanmasiri~
hishamcrew
18/1/10
rumah BP
wassalam

Cantik Lawa Indah Cun & dsb... abstrak..??


Cantiknya wanita disebelah ni.... andaikanlah kalau ana dapat menatapinya secara bertentang mata pasti lagi meledak cantiknya. Dengan matanya yg agak hitam coklat-coklat ditambah-tambah dengan kulitnya yg putih ala2 wanita arab, keningnya yg tipis bukan dibuat2.... pergh... cair kalau jumpa betul-betul.



Gambar Hiasan


Assalamualikum.... apa khabar? harapnya sentiasa sihat dan kuat sebabnya Allah lebih menyukai orang mukmin yg kuat berbanding mukmin yg lemah....
Apa yg kalian fikirkan apabila memandang gambar diatas..? Pasti ada yg kata cantiknya, biasa je, bolehlah, tak lawa pun.... tak pernahkah terlintas dikepala kalian kenapa hanya satu gambar yg dilihat oleh semua orang mempunyai pendapat yg berbeza2 tentang kecantikannya...?
Nak dijelaskan disini ialah suatu perkara walaupun benda yg sama tetapi mempunyai pelbagai tafsiran contohnya gambar diatas, ada yg kata perempuan tersebut cantik, dan ada yg kata kurang cantik, tak kalah pula ada yg kata takkkkk cantik langsung. Sedangkan ia adalah benda yg sama.
Betapa Allah itu maha bijaksana menjadikan manusia itu berbeza2 pandangannya, cuba bayangkan kalau seluruh manusia mempunyai citarasa yg sama, pandangan yg sama, kesukaan yg sama dan semuanya sama. Apa akan jadi pada kita... sudah tentunya bosan dan tiada perasaan untuk hidup bahkan pemikiran manusia tidak akan berkembang.
Apa yg hishamcrew nak jelaskan disini ialah cantik atau tidak bukanlah diakui oleh sang pemilik tubuh/benda tetapi diakui oleh yg melihatnya. Maka kepada semua yg berada diluar sana ataupun yg tengah menatap skrin komputer sambil membaca post ini, janganlah kalian meletakkan satu title bahawa kalian adalah manusia yg cantik ataupun hodoh kerana yg kata cantik atau hodoh bukannya kalian sendiri tetapi yg melihatnya.
Hishamcrew
22:36:06
18/1/10

Dicarinya tak pernah ketemu tetapi ditunggunya I'A ada

Ada sebuah kisah fiksyen yang kejadian ini berlaku disebuah kampung. Seorang pemuda yg tampan tinggal dikampung tersebut bersama2 dengan keluarganya. Beliau ini terkenal seantero kampungnya sebagai seorang pemuda yg soleh walaupun title soleh itu bukanlah suatu yg dipinta untuk disebut2 oleh orang ramai ketika itu. Suatu hari pemuda ini tergerak hatinya untuk mencari suri hidupnya, lalu pemuda ini meminta izin daripada kedua ibu bapanya untuk pergi ke kota demi mencari seorang wanita yg solehah. Akhirnya pemuda ini pergi ke kota. dari satu tempat ke satu tempat sehinggakan mengambil masa yg lama dan pemuda ini kecewa kerana tiada seorang pun yg berkenan dihatinya. Maka pemuda tersebut pulanglah ke kampung halamannya dan meneruskan hidupnya seperti biasa. Selang beberapa tahun rumahnya dikunjungi seorang tokoh ilmuan/ulama yg tersohor kesolehannya, pemuda tersebut berasa hairan untuk apa seorang ulama datang kerumahnya lagi2 seorang yg tidak dikenali. Ulama tersebut menyatakan tujuan beliau datang ke kampung tersebut adalah untuk meminang pemuda tersebut bagi piha anaknya. Bercampur baur perasaan terkejut,gembira,ragu-ragu didalam sanubari pemuda tersebut. Akhirnya bertaut jua dua hati yg mendamba cinta illahi......


TAMMAT


Assalamualaikum... apa khabar semua? Harap2nya sihat selalu dan sentiasa bersemangat menjalani hidup ini... Sudah baca kisah diatas?.. Walaupun hanya sekadar cerita tetapi perkara ini benar2 berlaku disekeliling kita cumanya adakah kita benar-benar buka mata melihat perkara yg berlaku tidak kiralah sama ada yg baik ataupun yg buruk.

Realitinya sekarang in ramai dikalangan kita(remaja) mencari suatu benda baru dalam hidup iaitu ingin mencintai dan dicintai. Lainlah kalau ada yg tak punya perasaan cinta, seharusnya orang begini dihantar ke pusat sakit otak dan perasaan...

Ana lihat sendiri ramai dikalangan remaja mencari cinta ataupun pasangan hidup, bila dah lama bercinta timbul rasa bosan maka dengan senang lenangnya putus hubungan esoknya cari pengganti baru. Hei.... apa korang ingat cinta tu benda yg murah dan boleh dibuat main2 macam main guli kee? Adakah kalian fikir yg cinta itu boleh dibeli dikedai2 runcit dengan hanya RM2 untuk sekilo cinta?... fikirkanlah

Kita bercinta ini dengan seseorang adalah untuk menjadikannya teman hidup dunia dan akhirat bukannya teman hidup untuk berseronok sehingga bosan.

Nasihat hishamcrew kepada semua yg diluar sana tidak kiralah yg tua ataupun yg muda, janganlah kalian mencintai seseorang yg berlainan jantina adalah semata2 untuk berseronok tanpa ada tujuan untuk berkahwin dengannya. Kepada yg masih tercari2 pasangan hidup, disini hishamcrew menyediakan formulanya...


Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga).

QS. an-Nur (24) : 26

Akhir kata cinta itu tidak salah dan tidak haram, tetapi yg menjadikannya salah apabila pemilik(kita) meletakkan cinta itu ditempat yg salah...

Hishamcrew
11:28:25
18/1/10

Friday, January 15, 2010

Usha kanan usha kiri

Assalamualaikum semua... Ape khabar iman kalian?... Harapnya sentiasa diupdate...

Hari yg dinanti-nanti telah tiba iaitu jaulah ataupun lbh di kenali sebagai berjalan2... Teringat pada satu pepatah 'jauh perjalanan luas pemandangan bnyk pengalaman'

Pada awalnya kami diminta utk berkumpul di iman elc, ingatkn nk kena ajar budak2 tadika rupanya disitulah bermulanya pengembaraan kami... Dengan perasaan brcampur baur kami bertolak meninggalkan rumah masing2... Pada awal perjalanan kami menaiki bas brtingkat dua, ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari(awalnya seronok penghujungnya bosan). Ada dikalangan kami yg tidur akibat kebosanan yg terlampau didalam bas tetapi alhamdulillah tiada yg berkeinginan utk terjun drpd bas.

Celik drpd tidur yg lena Kami selamat sampai ke destinasi pada jam 7.00pm... Mengantuk dan bingung menguasai diri tetapi hasrat hati utk melaksanakan amanah dipundak2 kami ini terus memberikan kami suatu kekuatan yg luar biasa dan kami tetap melangkah jua kerana tekad sudah kami bulatkan.

Sangkaan pertama ada mk cik dan pak cik yg akn menyambut dengan pelukan hangat dan mesra, alangkah melesetnya sangkaan kerana perlu menunggu beberapa minit utk menyalami hangatnya tangan mesra pak cik2...

Kami dibawa ke destinasi seterusnya iaitu penginapan yg mendapat anugerah tempat yg paling tenang dan mempunyai beribu bintang.... Ringkaskan cerita kami solat dan bersiap2 utk makan malam dan yg tidak disangka2 nasi minyak siap terhidang, aromanya yg menusuk2 hidung apatah lagi ditambah dengan kumpulan koir yg membingit di dalam perut minta diisi....

Akhirnya kami lepak kekenyangan, tidur dalam kelenaan yg panjang dan dalam...

Hisham crew
00:32 jumaat 15/1

Thursday, January 14, 2010

Seremban

salam semua...fuh...pnt sungguh ari ni...kami iaitu peserta r2j4 sedang berjaulah ke KL...alhamdulillah mlm ni kami(ikhwah) menginap di Masjid Senawang di Seremban... kami smpi dlm pukul 8:18 mlm... setelah smpi kami menunaikan solat tahyatul masjid 2 rakaat... slps solat sunat ade juge antara kami yg memandikan diri krn kepeluhan yg melanda diri antara kami... slps mandi kami pon bersolat isya berjemaah dan diikuti solat maghrib... lps solat kami pon mengisi perut kami yg sdg menyanyi kan lagu dangdut... alhamdulillah lps mkn kami pon berkumpul dgn makcik2 dan pakcik2 negeri 9... kami bertaaruf sbntr... lps taaruf kami pun mempersiapkan diri kami utk ketidoran... alhamdulillah dpt gak tdo... agak letih gak la ari ni...semoga kami dpt memperkuat kan ketahanan diri kami utk meneruskan aktiviti yg melanda diri kami... esok kami akan gerak ke KL...semoga sesiapa yg membaca post ni dpt mendoakan perjalanan pegi dan blk kami...ameen..

-irfanmasiri-
14-1-10
12:00mlm
Seremban

Thursday, January 7, 2010

Berkenal-kenalan bukan bertahu-tahuan


Mesti pembaca semua tertanya-tanya kenapalah ana rajin sangat hari ni untuk meng'create' blog... Jawapannya ada pada ana.. Ni kira islamik la juga kan.. Alamak lupa pula nak bagi salam : Assalamualaikum...


Ana sebenarnya nak post tentang taaruf, tapi nak kata pandai sangat taklah, setakat IQ macam Albert Einstien je.... Ana rasa lebih berkat seandainya ana mulakan dengan sepotong ayat Al-Quran(macam hafal je..?)






Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

(aL-Hujurat 49:13)

German:49:13 O ihr Menschen, Wir haben euch von Mann und Weib erschaffen und euch zu Völkern und Stämmen gemacht, daß ihr einander kennen möchtet. Wahrlich, der Angesehenste von euch ist vor Allah der, der unter euch der Gerechteste ist. Siehe, Allah ist allwissend, allkundig.

(Al-hujurat)



Haaa... nilah istimewanya blog ana sebab ada pelbagai bahasa, untuk giliran kali ni bahasa Jerman lepas ni mungkin bahasa Iban.

Pepatah melayu yg sering ana gunakan untuk SPM ialah 'Tak kenal maka tak cinta, kalau dah kenal bolehlah kita bercinta'.... Dalam kehidupan seharian, ana dan kita banyak berjumpa dengan orang yg tidak dikenali, maka perlukah kita berkenalan..? kalau ikut ayat diatas macam harus... ikutlah persepsi masing-masing. Ada satu cerita yg ana nak kongsi:



+Pada suatu hari ana jalan2 dan terserempak dengan orang yg tidak dikenali. Ana pun berkenalanlah...



Kenapa kita kata berkenalan... tidak berketahuan..? secara umumnya orang yg tahu hukum tp tak lakukan hanya sekadar tahu dari sudut kulit sahaja berlainan dengan orang yg kenal dengan hukum. orang yg kenal dengan hukum dia akan laksanakan...

Begitu juga kita berjumpa dengan orang yg tidak dikenali, kita akan berkenalan bukan berketahuan..

Secara keseluruhannya, islam mengajar kita untuk berkenal-kenalan satu sama lain bukan bertahu-tahuan...