Monday, January 18, 2010

Dicarinya tak pernah ketemu tetapi ditunggunya I'A ada

Ada sebuah kisah fiksyen yang kejadian ini berlaku disebuah kampung. Seorang pemuda yg tampan tinggal dikampung tersebut bersama2 dengan keluarganya. Beliau ini terkenal seantero kampungnya sebagai seorang pemuda yg soleh walaupun title soleh itu bukanlah suatu yg dipinta untuk disebut2 oleh orang ramai ketika itu. Suatu hari pemuda ini tergerak hatinya untuk mencari suri hidupnya, lalu pemuda ini meminta izin daripada kedua ibu bapanya untuk pergi ke kota demi mencari seorang wanita yg solehah. Akhirnya pemuda ini pergi ke kota. dari satu tempat ke satu tempat sehinggakan mengambil masa yg lama dan pemuda ini kecewa kerana tiada seorang pun yg berkenan dihatinya. Maka pemuda tersebut pulanglah ke kampung halamannya dan meneruskan hidupnya seperti biasa. Selang beberapa tahun rumahnya dikunjungi seorang tokoh ilmuan/ulama yg tersohor kesolehannya, pemuda tersebut berasa hairan untuk apa seorang ulama datang kerumahnya lagi2 seorang yg tidak dikenali. Ulama tersebut menyatakan tujuan beliau datang ke kampung tersebut adalah untuk meminang pemuda tersebut bagi piha anaknya. Bercampur baur perasaan terkejut,gembira,ragu-ragu didalam sanubari pemuda tersebut. Akhirnya bertaut jua dua hati yg mendamba cinta illahi......


TAMMAT


Assalamualaikum... apa khabar semua? Harap2nya sihat selalu dan sentiasa bersemangat menjalani hidup ini... Sudah baca kisah diatas?.. Walaupun hanya sekadar cerita tetapi perkara ini benar2 berlaku disekeliling kita cumanya adakah kita benar-benar buka mata melihat perkara yg berlaku tidak kiralah sama ada yg baik ataupun yg buruk.

Realitinya sekarang in ramai dikalangan kita(remaja) mencari suatu benda baru dalam hidup iaitu ingin mencintai dan dicintai. Lainlah kalau ada yg tak punya perasaan cinta, seharusnya orang begini dihantar ke pusat sakit otak dan perasaan...

Ana lihat sendiri ramai dikalangan remaja mencari cinta ataupun pasangan hidup, bila dah lama bercinta timbul rasa bosan maka dengan senang lenangnya putus hubungan esoknya cari pengganti baru. Hei.... apa korang ingat cinta tu benda yg murah dan boleh dibuat main2 macam main guli kee? Adakah kalian fikir yg cinta itu boleh dibeli dikedai2 runcit dengan hanya RM2 untuk sekilo cinta?... fikirkanlah

Kita bercinta ini dengan seseorang adalah untuk menjadikannya teman hidup dunia dan akhirat bukannya teman hidup untuk berseronok sehingga bosan.

Nasihat hishamcrew kepada semua yg diluar sana tidak kiralah yg tua ataupun yg muda, janganlah kalian mencintai seseorang yg berlainan jantina adalah semata2 untuk berseronok tanpa ada tujuan untuk berkahwin dengannya. Kepada yg masih tercari2 pasangan hidup, disini hishamcrew menyediakan formulanya...


Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga).

QS. an-Nur (24) : 26

Akhir kata cinta itu tidak salah dan tidak haram, tetapi yg menjadikannya salah apabila pemilik(kita) meletakkan cinta itu ditempat yg salah...

Hishamcrew
11:28:25
18/1/10

2 comments: