Monday, January 18, 2010

Cantik Lawa Indah Cun & dsb... abstrak..??


Cantiknya wanita disebelah ni.... andaikanlah kalau ana dapat menatapinya secara bertentang mata pasti lagi meledak cantiknya. Dengan matanya yg agak hitam coklat-coklat ditambah-tambah dengan kulitnya yg putih ala2 wanita arab, keningnya yg tipis bukan dibuat2.... pergh... cair kalau jumpa betul-betul.



Gambar Hiasan


Assalamualikum.... apa khabar? harapnya sentiasa sihat dan kuat sebabnya Allah lebih menyukai orang mukmin yg kuat berbanding mukmin yg lemah....
Apa yg kalian fikirkan apabila memandang gambar diatas..? Pasti ada yg kata cantiknya, biasa je, bolehlah, tak lawa pun.... tak pernahkah terlintas dikepala kalian kenapa hanya satu gambar yg dilihat oleh semua orang mempunyai pendapat yg berbeza2 tentang kecantikannya...?
Nak dijelaskan disini ialah suatu perkara walaupun benda yg sama tetapi mempunyai pelbagai tafsiran contohnya gambar diatas, ada yg kata perempuan tersebut cantik, dan ada yg kata kurang cantik, tak kalah pula ada yg kata takkkkk cantik langsung. Sedangkan ia adalah benda yg sama.
Betapa Allah itu maha bijaksana menjadikan manusia itu berbeza2 pandangannya, cuba bayangkan kalau seluruh manusia mempunyai citarasa yg sama, pandangan yg sama, kesukaan yg sama dan semuanya sama. Apa akan jadi pada kita... sudah tentunya bosan dan tiada perasaan untuk hidup bahkan pemikiran manusia tidak akan berkembang.
Apa yg hishamcrew nak jelaskan disini ialah cantik atau tidak bukanlah diakui oleh sang pemilik tubuh/benda tetapi diakui oleh yg melihatnya. Maka kepada semua yg berada diluar sana ataupun yg tengah menatap skrin komputer sambil membaca post ini, janganlah kalian meletakkan satu title bahawa kalian adalah manusia yg cantik ataupun hodoh kerana yg kata cantik atau hodoh bukannya kalian sendiri tetapi yg melihatnya.
Hishamcrew
22:36:06
18/1/10

No comments:

Post a Comment