Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, February 1, 2010

perhiasan DuNia..


Perhiasan adalah suatu yg indah, jika tidak indah ia tidak dinamakan perhiasan tetapi dinamakan sebagai pem'buruk'. Apa sahaja perhiasan akan menjadi kesukaan manusia. Allah telah berfirman dalam Al-Quran yg bermaksud:


Bahawa senya kami jadikan apa jua diatas permukaan bumi sebagai perhiasan baginya(bumi), kerana kami hendak menguji mereka(manusia) itu, siapakah? drpd kalangan mereka yg terlebih baik amal pekerjaan.


Al-Kahfi 18:7


Berdasarkan ayat diatas Allah telah nyatakan bahawa setiap apa yg ada dibumi ini adalah perhiasan dan tidak ada satupun dimuka bumi ini bukan perhiasan. Semestinya pada perhiasan itu sedap mata melihatnya dan baik kegunaannya cumanya manusialah yg menjadikannya tidak elok. Allah menjadikan perhiasan adalah untuk menguji manusia samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan.


Sebagai manusia kita sukakan perhiasan termasuklah hishamcrew kerana kami juga manusia tetapi apakah yg telah kita lakukan terhadap perhiasan itu?.... Buat pengetahuan kalian perhiasan akan menjadi rebutan manusia contohnya rumput. Jikalau dapat tender tanam rumput di high way pastinya lumayan. Rumput pun jadi rebutan, pelikkan? Apatah lagi benda2 lain yg lebih bernilai dimata manusia biasa... ada ke manusia luar biasa?


Perhiasan hanya indah pada warnanya.... benarkah? jawapannya iya, contohnya perhiasan rumah yg kita beli dikedai2. Kita membelinya kerana warnanya yg menarik dan cantik tetap apabila luntur warnanya dan buruk rupanya ia pasti jadi tak cantik.... percayalah.


Perhiasan dunia adalah suatu yg indah pada penglihatan mata tetapi berat bahu memikulnya ditambah pula bersifat sementara dan terlalu cepat luput kenikmatannya... Misalnya anda membeli kereta mercedes, orang lihat memang cantik tetapi berat untuk kita membayar pinjamannya. Tunggu beberapa tahun keretanya dah ragam2.


Seandainya kita tidak dapat apa yg kita ingini hishamcrew mencadangkan satu doa semoga dengan doa ini tenanglah hati yg menginginkannya dan redha jika tidak memilikinya:


segala puji bagi Allah yg telah memberi petunjuk kepada kami dan tidaklah kami mendapat petunjuk jikalau tidak Allahlah jua yg memberi petunjuk kepada kami.


(Al-A'raf:43)


Hishamcrew
23:24:19
01/02/2010

1 comment: